KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi.
Perkembangan itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.Difahamkan, Serbegeth yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Putrajaya.
Sebagai rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.
Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.
Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.
--BH
No comments
Post a Comment