NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM Setuju Buang Imbas Suhu Dari SOP Wajib, Hanya Perlu Imbas MySejahtera

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini bersetuju untuk mengeluarkan SOP wajib untuk penggunaan pengimbas suhu badan untuk semua pengunjung sesuatu premis. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat MKN seterusnya, dan pihak KKM telah bersetuju dengan perkara ini.
Dengan perubahan ini, imbasan suhu bukanlah lagi SOP yang diwajibkan. Namun, orang ramai masih diwajibkan untuk mengimbas MySejahtera di semua lokasi yang dituju.

Sebelum ini, disebabkan oleh penularan Covid-19, orang ramai telah diminta untuk mengimbas suhu badan, sekaligus mengelak mereka yang demam serta berisiko untuk ke sesuatu lokasi. Dengan kadar vaksin tinggi, dan kini memasuki fasa dos penggalak, SOP ini akan diubah tidak lama lagi.

Sumber gambar | Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo