Banyak integrasi dengan Windows dengan Android diumumkan hari ini seperti Fast Pair dan Nearby Share. Tidak ketinggalan ialah integrasi yang lebih menyeluruh diantara Android Auto dan Google Home. Bermula tahun ini, pemilik kenderaan Volvo akhirnya boleh memberikan arahan suara ke Google Home untuk menyediakan kerata sebelum digunakan.
Sebagai contoh arahan diberikan untuk mengaktifkan sistem pendingin hawa atau memanaskan kabin dengan sistem pemanas. Selain itu arahan untuk mengunci atau nyahkunci turut boleh diberikan menggunakan Google Home. Selain itu status pengecasan bateri juga boleh dilihat terus dari Google Home.
Turut akan akhirnya disokong ialah YouTube pada sistem infohibur kereta Volvo tahun ini. Ia hanya boleh digunakan ketika kereta tidak bergerak sahaja atas sebab keselamatan. Dengan ciri ini video YouTube boleh dimainkan ketika menunggu kereta dicas misalnya.
--AMANZ
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment