Hypersonix Launch Systems dari Australia kini sedang membangunkan sistem pelancaran roket menggunakan pesawat scramjet berkuasa hidrogen hijau. Sistem terdiri daripada roket Boomerang, pesawat hipersonik scarmjet Delta Velos Orbiter yang boleh digunakan semula dan roket akhir tahap 3.
Setiap tahap akan memecutkan kargo ke angkasa dengan Boomerang memecut sehingga Mach 5 sebelum Delta Velos Orbiter menggunakan scramjet je Mach 12. Kedua-dua Boomerang dan Delta Velos Orbiter akan kembali mendarat ke bumi seperti pesawat biasa.
Hypersonix lebih menyerupai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Virgin Galactic kerana kargo satelit yang boleh dibawa hanya sehingga 50 kilogram. Jika kesemuanya berjalan lancar, Hypersonix menyasarkan penerbangan pertama dilakukan pada 2024. Pelan jangka panjang ialah dengan data dari Delta Velos Orbiter, sebuah pesawat penumpang scramjet hipersonik akan dapat dapat dibangunkan. Mereka menyasarkan perjalanan dari Australia ke pantai timur A.S mengambil masa kurang 3 jam.
Selain Hypersonix, Skylon dan Hermeus adalah dua syarikat yang masih aktif membangunkan pesawat hipersonik bagi tujuan komersil dan ketenteraan.
Sumber New Atlas
--AMANZ
No comments
Post a Comment