NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Gelombang Omicron sudah bermula di Malaysia' - KJ


KUALA LUMPUR: Gelombang penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan dijangka menyebabkan jumlah kes COVID-19 akan meningkat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.

Masa sama, beliau meminta kerjasama masyarakat untuk bersama-sama menyertai usaha KKM mengatasi gelombang penularan terbabit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahannya seperti memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan.

"Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini. Mask (pelitup muka). 

"#TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari). Booster (penggalak). #PICKids (vaksin kanak-kanak)," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini, sambil merujuk program vaksinasi dos penggalak yang sedang dilaksanakan kerajaan dan vaksinasi untuk kanak-kanak.


Beliau membuat ciapan itu ketika membalas ciapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, mengenai jumlah terkini kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi.

Pada hari ini, negara merekodkan 4,744 lagi kes positif baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,844,969 kes.

Sumber | BH Online 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo