KETIKA ini ramai antara ibu bapa sedang membuat perancangan untuk bercuti bersama anak-anak sempena cuti akhir tahun yang bakal bermula 11 Disember ini.
Peluang ini pastinya direbut memandangkan sebelum ini anak-anak terpaksa duduk di rumah disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Jika masih tidak tahu ke mana destinasi yang ingin dituju, apa kata berkunjung ke KidZania Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai pendidikan unik dengan menggabungkan pembelajaran dan hiburan.
Menerusi tapak replika seluas 80,000 kaki persegi, KidZania menawarkan lebih 40 aktiviti untuk kanak-kanak di mana merka boleh belajar tentang dunia pekerjaan dan dunia sebenar sambil membangunkan kemahiran hidup yang tidak diperolehi di dalam bilik darjah.
Bentuk pembelajaran interaktif ini turut menggabungkan realiti dan hiburan secara kreatif pastinya memberi hiburan dan ilmu kepada anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ini.
Lebih banyak aktiviti menarik di KidZania
Sim Leisure Group yang diberi lesen untuk meneruskan operasi KidZania di Kuala Lumpur pada tahun lalu telah mengemas kini pelbagai tarikan termasuk tiga rangkaian makanan popular iaitu A&W, Subway dan Jamaica Blue Coffee dibuka bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman bekerja di restoran makanan segera.
Kanak-kanak boleh membuat sandwich Subway atau coney dog A&W mereka sendiri dan ini memberi mereka pengalaman terus dalam mengendalikan dan menguruskan kedai makanan segera.
Dan ketika anak-anak berseronok 'bekerja' di restoran, ibu bapa boleh menikmati secawan kopi di Jamaica Blue Coffee di Parent's Lounge.
Tidak hanya aktiviti menarik, mendapatkan tiket juga lebih mudah apabila KidZania memperkenalkan sistem tiket secara digital dalam memastikan kecekapan dan kawalan pengunjung dengan lebih baik. -MSTAR
No comments
Post a Comment