Beliau berkata semasa menerajui pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum ini, PH dilihat tidak berupaya memenuhi jangkaan orang ramai yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Menurutnya walaupun PH telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem kerajaan di samping memperkenalkan langkah-langkah tadbir urus yang baik, pakatan itu tetap tidak dapat memenuhi segala kehendak yang diharapkan orang ramai daripada mereka.
“Kita juga faham bahawa peratus keluar mengundi yang rendah dan pecah undi pembangkang pada PRN12 adalah disebabkan sentimen umum dalam kalangan pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.
“Bagi mereka yang mengundi DAP pada PRU 2018 namun memutuskan untuk tidak lagi memberi sokongan pada PRN12 kerana melihat kami tidak dapat memenuhi harapan anda, kami ingin memohon maaf terhadap segala kekurangan,” katanya pada persidangan media hari ini.
Chong berkata DAP akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di Sarawak, di samping menyokong kebenaran dan menentang apa sahaja yang dilihat ‘tidak betul’ dalam kerajaan semasa.
PRN12 pada 18 Dis lepas menyaksikan DAP hanya mampu memenangi dua kerusi DUN, yakni DUN Padungan yang dimenangi Chong, dan DUN Pending yang dimenangi oleh Violet Yong. - BERNAMA
No comments
Post a Comment