KUALA LUMPUR: Kostum bertema Ulek Mayang membawa tuah buat wakil Malaysia di Miss Grand International, Lishalliny Kanaran, apabila dinobatkan sebagai pemenang kostum kebangsaan terbaik, malam tadi.
Diberi nama '7 Puteri Purba Ulek Mayang', ia mengambil inspirasi daripada lagu rakyat Terengganu itu, yang mengikut cerita, menjadi sebahagian upacara penyembuhan untuk nelayan yang dirasuk.
Sambil diiringi tujuh 'patung puteri', Lishalliny mengenakan pakaian seperti seorang pawang berwarna hitam dan emas.
Tujuh puteri itu pula berpakaian berwarna biru dan emas, dilengkapi aksesori kepala yang mewah.
Kemenangan itu juga menyaksikan Lishalliny, 24 tahun, berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.
Pada malam final yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu, wakil Vietnam, Tien Thuc Thuy Nguyen dinobatkan sebagai pemenang, manakala Stephanie Mercedes Medina dari Ecuador dan Lorena Gonçalves Rodrigues dari Brazil masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment