KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas di sini, kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi tadi.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz ketika dihubungi Bernama, berkata semua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan, setakat jam 9 pagi tadi, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.01 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun. - BERNAMA
No comments
Post a Comment