NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Microsoft sahkan ambil-alih Nuance, Pengambil-alihan kedua terbesar


Setelah beberapa bulan menunggu, Microsoft akhirnya diberi kebenaran oleh pihak antitrust Kesatuan Eropah untuk mengambil-alih syarikat teknologi kecerdasan buatan dan audio Nuance Communications untuk $16 bilion (~RM68 bilion).

Microsoft kini dilihat mahu mengembangkan sayap mereka dalam arena kecerdasan buatan audio dan suara, dan pengambil-alihan Nuance ini dilihat langkah yang sangat besar kearah tersebut. Sebagai konteks, pengambil-alihan Nuance ini dilihat sebagai pembelian kedua terbesar Microsoft, selepas mereka mengambil-alih LinkedIn untuk $26 bilion sebelum ini.

Pengambil-alihan Nuance oleh Microsoft ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum menerima kebenaran daripada kumpulan antitrust Kesatuan Eropah, mereka juga terpaksa menunggu keputusan yang sama daripada kumpulan antitrust daripada Amerika Syarikat dan Australia, yang rata-rata mengatakan Nuance menawarkan produk yang berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh Microsoft sebelum ini.

Dengan ini, Microsoft juga dilihat akan memasuki arena kesihatan awan, yang mana mereka akan menawarkan perkhidmatan konsultasi digital dan sebagainya melalui Nuance.

Sumber: Reuters 

-- AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo