Kerajaan kini mengumumkan pengenalan program rebat bernilai RM500 khusus untuk mangsa banjir yang terjejas, dalam membeli barangan elektrik domestik. Program ini akan dimulakan bermula 7 Januari 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah.
Program ini akan dikendalikan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Sebanyak 1400 premis kedai dijangka terlibat dalam program rebat pembelian barangan keperluan elektrik ini.
Selain melalui kedai barangan elektrik, mereka yang terjejas dengan banjir juga dijangka akan dapat menggunakan platform atas-talian Shopee, Lazada dan PG Mall untuk tujuan pembelian, dan menikmati rebat RM500 ini.
Senarai mangsa banjir yang layak untuk program rebat ini dikatakan akan diperolehi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkaitan program rebat ini menjelang tarikh 7 Januari 2022 ini.
--AMANZ
No comments
Post a Comment