NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Flat Sri Johor, Cheras musnah di jilat api


KUALA LUMPUR: Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, musnah dalam kebakaran malam ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

"Setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian membabitkan kemalangan jiwa. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meninjau kejadian itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan tengah malam ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Susulan itu, katanya, seramai 35 anggota menaiki 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus. Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik dan jentera khas.

"Kerja 'overhaul' (baik pulih) sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

-BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo