NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dos Vaksin Penggalak mampu menentang Varian Omikron, Jarak waktu dos penggalak vaksin dipendekkan - KKM


Jarak waktu untuk mendapatkan dos penggalan vaksin akan dipendekkan oleh KKM. Sebelum ini bagi penerima vaksin AstraZeneca dan Pfizer, jarak waktu mendapatkan vaksin penggalak ialah enam bulan selepas dos kedua. Dos penggalak diperlukan kerana data menunjukkan ia mampu menentang varian Omikron yang lebih mudah merebak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut menggesa orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara untuk mengambil terus dos penggalan. Untuk penduduk Malaysia yang lain, jadual mendapatkan dos penggalan akan diumumkan minggu hadapan. Sebelum ini KKM menggesa penerima vaksin Sinovac untuk mendapatkan dos penggalak kerana keberkesanan ia menentang Covid-19 berkurangan lebih pantas berbanding vaksin-vaksin yang lain.

Sejak Omikron dikesan oleh penyelidik di Afrika Selatan pada bulan November yang lalu. Ia kini menyebabkan lonjakan jangkitan di UK yang mencecah 100,000 kes sehari. Di Malaysia puluhan kes Omikron telah dikesan dengan 1 kes jangkitan komuniti dilaporkan semalam majoritinya dari mereka yang baru pulang mengerjakan umrah di Arab Saudi.

-- AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo