NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Ciri “MySJ Trace” Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone


Selepas ditawarkan untuk pengguna peranti Huawei dan juga Android, kini pihak kerajaan telah pun turut mula menawarkan kemaskini MySejahtera baharu bersama ciri “MySJ Trace” untuk pengguna iPhone.

MySJ Trace menggunakan sokongan Bluetooth, dan digunakan dalam mengenal-pasti kontak rapat. Data direkodkan apabila peranti pengguna berselisih dengan peranti pengguna lain – sekaligus memudahkan lagi proses pengesanan kontak rapat.

Untuk menggunakan MySJ Trace, pengguna perlu menjalankan iOS 10 dan ke atas, selain mengemaskini aplikasi MySejahtera serta mengaktifkan ciri MySJ Trace ini.

Bersama-sama kemaskini ini juga, MySejahtera telah membuang butang “Check-Out” untuk daftar lokasi.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo