Fosil telur ini pada asalnya ditemui di Selatan China pada tahun 2000 sebelum disimpan dan kemudian dilupakan. Hanya semasa pembinaan muzium spesimen dikeluarkan semula dan penyelidik menyedari ia mengandungi fosil embrio yang hampir sedia untuk menetas.
Embrio Oviraptor yang diberi nama Baby Yingliang dipercayai berusia di antara 66-72 juta tahun. Ia menunjukkan postur tubuh yang sama seperti embrio ayam dan burung yang hampir bersedia untuk menetas. Kedudukan kepalanya adalah optimum untuk memecahkan kulit telur. Kajian mengenai fosil embrio ini diterbitkan di dalam jurnal iScience.
--AMANZ
No comments
Post a Comment