KUALA LUMPUR, 4 Disember - Bidang teknikal kekal relevan dan terus berkembang luas selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah memperuntukkan RM6.6 bilion dalam Belanjawan 2022 untuk memperkasa bidang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional atau TVET.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2021, yang diadakan secara maya.
Tambahnya lagi, Malaysia kini mempunyai banyak syarikat berteraskan teknologi yang bertaraf dunia dengan majoritinya dipelopori warga profesion teknikal. -RTM
No comments
Post a Comment