SHAH ALAM: Sebanyak 17 kematian direkodkan di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 10 kematian direkodkan di Klang; tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.
Katanya, punca sebenar kematian mangsa sedang dikenal pasti.
Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan utama ditutup.
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air. -BH
No comments
Post a Comment