NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di Klang dijangka bertambah teruk


KUALA LUMPUR: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada jam 5 petang ini di Pelabuhan Klang yang dikhuatiri menyebabkan keadaan banjir di Klang bertambah buruk.

Jurucakap Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, dijangkakan air pasang setinggi empat meter melanda perairan kawasan berkenaan.

"Hujan di Klang sememangnya dijangka berterusan hingga esok, namun kemungkinan banjir bertambah teruk disebabkan air pasang pada jam 5 petang ini di Pelabuhan Klang.

"Jika hujan berterusan, air di darat tidak boleh keluar ke laut (berkemungkinan) kawasan di Klang, banjir tidak akan surut dan ada kebarangkalian menjadi lebih teruk," katanya kepada BH, hari ini.

Tambahnya, orang ramai khususnya penduduk di kawasan Klang diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan hari ini.

"Orang ramai perlu meneliti maklumat terkini yang MET Malaysia kemaskini di laman web, selain itu ikuti setiap arahan daripada pihak berkuasa," katanya.

BH hari ini melaporkan, sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.

Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo