WARTAWAN Free Malaysia Today (FMT) datang mengejut kepada YB Menteri Agama Ustaz Idris Ahmad, yang sedang bergegas nak pulang selepas tamat majlis Ikrar PN untuk PRN Melaka.
Tanpa perkenalkan diri, wartawan itu terus ‘menuduh’ adakah isu penutupan kedai judi dan arak akan menjejaskan hak bukan Islam di Malaysia.. Dan di sebelah Ustaz Idris, YB Timbalan Menteri, YB Awang tegur sikap si wartawan ini, dan menegur supaya Berbahasa Melayu.
Apa yang mengejutkan dia, bila YB Menteri Ustaz Idris tanya soalan yang terlalu sentap.. dia terus menggasak seolah ‘memaksa’ yang akhirnya memberi imej buruk PAS kepada rakan bukan-Islam.
‘You setuju tak kalau suami you kaki judi?’
Soalan yang dijawab dengan soalan, setelah YB Ustaz Idris telah dengan sopan menjawab bahawa judi ini bukan amalan mana-mana agama.. apatah lagi dijadikan budaya.
Ha, bertemu buku dan ruas. Wartawan tersebut seolah bengang sebab suaminya dijadikan contoh, sedangkan inilah hakikat sebenar yang judi telah merosakkan banyak institusi kekeluargaan.
Wanita jadi mangsa amukan suami yang berhutang dengan amalan judi. Kanak-kanak menjadi mangsa amarah ibu ayahnya kerana tekanan hutang yang kaki judi.
Ada yang bunuh diri sebab selalu kalah judi. Yang kaya, tauke-tauke judi, yang membayar cukai terbanyak semasa zaman PH pada 2018.
Soalan semudah, ‘you setuju tak kalau suami you kaki judi’ ini, adalah gambaran bagaimana seorang pemimpin perlu selamatkan semua keluarga di Malaysia supaya menjauhi judi dengan takluk kuasa yang ada!
Jangan diprovok dengan kepentingan politik memangsakan rakan-rakan bukan Islam seolah judi ini adalah budaya dan hidup mereka!
Kasihani anak-anak, isteri dan suami rakan-rakan kita dengan selamatkan mereka daripada bergelumang dengan tahi judi, dan inilah perjuangan PAS untuk rakyatnya! Berhentilah berpolemik. Kita ada tugas besar dalam dunia dan akhirat!
NADZIR HELMI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment