NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga Bekas Adun Tunggu Isyarat Anwar Untuk Bertanding Tiket PH


Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, sedang menunggu isyarat daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim, untuk menyertai satu daripada parti komponen PH.

Bagaimanapun, seorang lagi bekas ADUN yang melakukan tindakan sama, tetapi tidak diterima mewakili parti komponen PH, dijangka bertanding atas tiket Bebas.

Bekas ADUN Pantai Kundor Nor Azman Hassan, berkata selain beliau, turut menunggu isyarat berkenaan Idris Haron (Sungai Udang) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

“Kami sedang menunggu isyarat (daripada Anwar) bila waktu paling sesuai untuk membuat pengumuman penyertaan kami (parti komponen PH) kerana beliau mempunyai pelbagai perkara yang harus dipertimbangkan.

“Bagaimanapun, sudah pasti pengumuman itu akan dibuat sebelum penamaan calon pada 8 November ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Nor Azman berkata, beliau juga yakin bekas ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang dilaporkan tidak akan diterima mewakili parti komponen PH pada pilihan raya negeri (PRN), berkemungkinan besar bertanding atas tiket Bebas.

“Kami yakin beliau mempunyai harapan amat cerah untuk menang kerana di peringkat akar umbi, anggota komuniti di kawasan itu senang dengannya kerana kuat bekerja dan sering membantu mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Hari ini, FMT melaporkan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengakui sukar untuk menolak tiga ADUN Melaka berkenaan, yang terbabit menggulingkan kerajaan pimpinan Sulaiman.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, ini kerana trio ADUN Umno dan Bersatu itu, mengambil pendirian menyokong dan mengembalikan mandat kepada PH, berbeza dengan kumpulan yang terbabit dalam Langkah Sheraton yang mengkhianati amanah rakyat.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo