NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sarawak: NGO gesa SPR perluas undi pos pengundi Sarawak di semenanjung



Kumpulan masyarakat sivil di Sarawak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani isu undi pos bagi kira-kira 250,000 rakyat Sarawak yang menetap di semenanjung dan Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan pada 18 Disember ini.

Pertubuhan Masyarakat Sivil Sarawak (CSO) berkata SPR harus menyediakan aturan pengundian untuk golongan itu.

“SPR mempunyai tanggungjawab Perlembagaan untuk membuat mengaturkan pengundian khas bagi rakyat Sarawak mengundi demi masa depan negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan susulan pengumuman tarikh pengundian bagi PRN Sarawak hari ini.

Mengalu-alukan keputusan SPR untuk membenarkan semua rakyat Sarawak di luar negara mengundi melalui pos dalam PRN, termasuk mereka yang tinggal di Singapura, Brunei, Kalimantan dan selatan Thailand, CSO menggesa SPR untuk turut membuat inisiatif serupa bagi membenarkan undi pos pengundi yang menetap di negeri selain Sarawak.

Ia mencadangkan sekurang-kurangnya satu pusat pengundian khas disediakan di setiap negeri pada 14 Disember yang merupakan ditetapkan untuk pengundian awal.

“Sekiranya pengundi yang tinggal dan bekerja di Singapura dan Brunei dibenarkan SPR untuk mengundi melalui undi pos seperti di Melaka, maka pengundi yang tinggal di semenanjung dan Sabah harus diberikan akses yang sama dengan memperluaskan undi pos kepada mereka,” katanya.

“Sedangkan, Singapura dan Brunei bukan sebahagian dari negara.”

Katanya, situasi pandemik menjadikan undi pos lebih utama dalam negara bagi SPR luaskan pengaturan sedemikian, tambah CSO.

“Perlu diulangi, ramai rakyat Sarawak berhijrah sementara ke semenanjung untuk mencari rezeki atau menjalani pengajian,” katanya.

“Tidak adil bagi jika mereka terpaksa membelanjakan wang untuk tambang penerbangan yang mahal untuk terbang untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi.”



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo