NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: Kenyataan media PAS tolak Mas Ermieyati palsu





SHAH ALAM - Kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan Pas menolak pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN) sekiranya parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini adalah palsu.

Kenyataan palsu menggunakan nama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan disediakan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

“Kenyataan menolak tersebut palsu. Saya sendiri tidak baca pun. Saya tidak tahu ia dibuat atas nama siapa, tapi palsulah,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Isi kandungan kenyataan tersebut antara lain menyebut bahawa Majlis Syura Ulamak sebagai badan utama parti tidak dirujuk dalam isu pemilihan calon Ketua Menteri Melaka.

“Sebagai pertubuhan siasah, Pas mempunyai hierarki pentadbiran yang jelas dipilih secara adil dan saksama berdasarkan perlembagaan.

“Atas dasar baiah, sebarang ulasan dan komen yang bersifat rasmi mestilah menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh perlembagaan parti,” menurut kenyataan palsu itu.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo