NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak fatwa mufti: Keanggotaan SUHAKAM perlu disemak semula



Minda wanita:
Oleh Ustazah Asmak Husin

1) Sekali lagi, kenyataan mengelirukan keluar daripada anggota SUHAKAM. Kali ini pegawai undang-undang, Afiq Mohamad Noor mengkritik fatwa yang dikeluarkan Mufti Perlis sebagaimana dipetik drpd portal Malay Mail bertajuk:

‘As Malaysia mulls banning Muslim transgenders from mosques, a look at what the community feels about it‘.

2) Menurut Mufti Penang, Pihak mufti tidak melarang golongan transgender memasuki masjid. Namun yang ditegaskan oleh pihak mufti adalah adalah etika pemakaian.
(https://www.google.com/.../transgender-perlu-ubah...)

Golongan trasngender ini dilarang memasuki masjid dalam kecelaruan jantina. Mereka dibolehkan memasuki masjid tetapi mesti mengikuti jantina asal. Jika lelaki mesti berpakaian seperti lelaki dan jika perempuan mesti berpakaian seperti perempuan. Kod Etika berpakaian ini juga melibatkan perkhidmatan awam.
 
Malah Dr Rafidah Hanim dari MACSA turut mengkritik perkara ini dan saya dengan tegas menyokong beliau dalam hal ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159581206154321&id=636684320

3) Kita tidak boleh mencampuradukkan isu khunsa dgn transgender. Bagi khunsa mereka ada proses dan kaedah bagaimana menguruskan dan menanganinya. Tetapi yang tidak termasuk dalam kategori khunsa sebagaimana disebutkan dalam feqah, sememangnya tidak diiktiraf. Hatta khunsa pun harus berpakaian mengikut sifat dominan yg dimiliki.
 
4) Saya sertakan semula di bawah kenyataan saya sebelum ini tentang SUHAKAM untuk menyatakan pendirian konsisten saya.
https://www.asmakhusin.com/.../suhakam-jangan-jadi-api.../

Saya juga hairan bagaimana sebuah agensi kerajaan mempunyai keanggotaan ahli yang mempunyai pandangan mengelirukan atas nama kebebasan hak asasi. Saya berharap agar keanggotaan SUHAKAM disemak semula agar isu-isu kontroversi SUHAKAM tidak berulang lagi seperti sebelum ini.

5) Saya melihat Sisters In Islam (SIS) juga senada dengan Mohamad Afiq dalam menyerang fatwa yang dikeluarkan mufti Perlis. Sisters In Islam adalah NGO yang telah difatwakan sesat jelas sekali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat dan membawa jarum halus mengajak masyarakat menentang mufti.

https://www.facebook.com/ustazahasmakhusinoriginal/posts/469569554629478



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo