KERAJAAN membenarkan perjalanan rentas negeri di seluruh negara berkuat Isnin (11 Okt).
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu diambil setelah kadar vaksinasi penduduk dewasa di negara ini mencecah 90 peratus.
“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok,” katanya pada sidang media khas secara langsung menerusi TV pada Ahad (10 Okt).
-BebasNews
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment