MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menjelaskan bahawa beliau bersama tiga lagi rakan bekas ADUN akan mengumumkan keputusan menyertai mana-mana parti politik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Jelasnya, meskipun Pakatan Harapan (PH) tidak menerima bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon PH, namun sudah ada tawaran buat mereka daripada parti politik lain.
"Saya melihat media sosial yang disampaikan Lim Kit Siang dan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) menolak Norhizam.
"Bunyinya macam menolak empat lagi bekas ADUN, saya dihubungi Norhizam mengatakan apa akan berlaku pada diri kita.
"Sebenarnya ada beberapa parti menghubungi kita, akan mengambil kita jika PH tidak mahu. Nanti dulu, Insya-ALLAH minggu depan akan buat keputusan, insya-ALLAH kami bersama-sama, tidak boleh seorang pun tertinggal," jelasnya.
Jelas Nor Azman, meskipun banyak tawaran diterima menjelang PRN Melaka yang dijadualkan November depan, ketika ini kesemua mereka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman.
"Jadi kami akan tengok di mana masa terdekat dan Insya-ALLAH kami akan berbincang hala tuju kami, macam mana tetap akan bertanding.
"Ada beberapa parti, mahu berjumpa dengan saya pada Isnin. Banyak tawaran datang bertanding kepada PRN.
- SH
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment