NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik Gila.

Politik  Gila
Keliru dan curiga 
Pabila
Ramai orang bertanya
Ramai orang bercerita
Ramai orang berbicara
Ramai orang berdebat
Malah
Ramai yang berbalah
Dan tak kurang juga
bergaduh sesama sendiri

Lalu 
Politik Negara 
Menjadi panas 
Lalu 
Politik Negara 
Seakan berkocak 
Politik Negara jua
Seakan bergelora 
Dek 
Politik gila katanya 

Maka
Berbicaralah
Insan yang bijaksana
Yang ingin
Berpesan pada kalian
Jadilah kalian
Orang yang mulia 
Yang punya hati budi  luhur 
Buat 
Mengenal yang mana kaca 
Dan yang mana permata 
Buat 
Kau mengerti 
Siapa insan mulia 
Dan siapa pula pendusta
Kerana kini 
Ramai insan berpura-pura
Bicara manis bak gula 
Tapi 
Hati seperti serigala 
Di pentas dunia 
Mereka bak Raja 
Berselindung di balik sandiwara
Tipu dan daya 
Penyampai maksud 

Berkatalah 
Hati durjana 
Bukankah 
Kini 
Kau menjadi insan ternama 
Disanjung 
Dipuja
Malah 
Di muliakan  di mana- mana. 

Ah....Pedulikan 
Pada orang-orang bodoh 
Yang berkata 
Kau gila kuasa 
Kau gila nama 
Kau gila harta 
Kau gila takhta 

Justeru
Sebenarnya 
Politik tidak gila 
Politik tidak caca merba 
Politik tidak kotor 
Tapi 
Sebenarnya 
Manusialah yang gila 
Sebenarnya 
Manusialah yang menjadi
caca merba 
Manusialah yang menjadikan
Minda dan jiwanya
Disalut kekotoran
Malah 
Lebih menjijikkan 
Dari najis yang busuk dan nanah yang hanyir 

Justeru itu 
Anak bangsaku
Tercinta 
Bukalah matamu 
Bukalah mindamu 
Bukalah hatimu 
Semoga kau 
Tak tertipu 
Semoga 
Kau tidak menjual 
Maruah dan harga diri 
Dengan Umpanan 
Wang berjuta 
Semoga jua
Kau tidak menganiayai negara tercinta 
Kerana 
Diumpan dengan segala
Kemewahan duniawi
wanita 
Cantik jelita
Emas berkarung
Malah mobil terkini
Semoga
Kau tidak menjual agama 
Hanya kerana
Dihadiahi pangkat dan darjat 
Maka 
Renunglah dengan mata hatimu 
Bersama 
Cermin iman dan Takwa.
Agar kau tidak terus
Tenggelam dalam lembah kehinaan Menjadi petualang bangsa

Ust Md Ali Jamil 
Selasa 4.15 petang 
28 Safar 1443 
5 Oktober 2021.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo