NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan lulus usul Petugas Khas urus pengundi 18 tahun


BACHOK - Muktamar Ulama Pas Negeri Kelantan ke-50 sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa kerajaan negeri dan pusat mewujudkan pasukan petugas khusus untuk pengundi baharu berusia 18 tahun bagi menarik minat mereka agar peduli kepada negara dan agama.

Usul berkenaan dibaca wakil Dewan Ulama Pas kawasan Kubang Kerian semasa ia dibuka untuk perbahasan pada muktamar berkenaan di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, usul berkenaan tidak dibahas dan diterima sebulat suara oleh perwakilan yang hadir.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood berkata, berdasarkan informasi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 5.8 juta pengundi muda yang berdaftar, tidak termasuk golongan dewasa yang selama ini tidak pernah mendaftar untuk mengundi.

Menurutnya, gerakan dakwah kepada generasi muda perlu diperkasakan selain mengamalkan pendekatan 'mesra remaja' dengan menganjurkan aktiviti santai yang menarik minat mereka sekali gus berkempen secara halus.

"Kita perku kuasai media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp kerana kehidupan remaja kini tidak lekang dengan penggunaan telefon pintar.

"Oleh itu saya menyeru kepada semua ulama khususnya kepada ulama pelapis supaya mengambil perhatian serius terhadap perkara ini,"katanya.

Hassan sebelum itu menyampaikan ucaptama di Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri di Kompleks Pendidikan Islam, di sini pada Ahad.

Hassan dalam ucapannya juga memberitahu, Dewan Ulama Pas Negeri juga bersyukur semua kawasan di Kelantan sudah mempunyai Dewan Ulama kawasan sendiri memandangkan sebelum ini hanya dikenali sebagai Urusan Ulama.

"Oleh itu, kami boleh menghantar perwakilan ke peringkat negeri dan pusat untuk memilih kepimpinan baharu. Namun, perwakilan disarankan untuk mempertingkatkan ilmu Islam selain memperkemas organisasi Dewan Ulama di peringkat kawasan.

"Selain itu, usaha juga dilakukan dalam mengemaskini serta memperbanyakan keahlian ulama di kawasan masing-masing selain pergiatkan aktiviti di kawasan setanding dewan-dewan lain," katanya.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo