NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan berkempen untuk PRN Melaka, DAP arah peguam kaji


DAP mengecam tindakan Kementerian Kesihatan melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, peguam parti diarah mengkaji sama ada larangan dan sekatan berat kepada calon bertemu pengundi itu adalah sah serta mematuhi peraturan pilihan raya.

“Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat untuk membincangkan sekatan yang tidak adil dan tidak demokratik ini bertujuan melumpuhkan pembangkang dan memberi kelebihan awal kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan larangan itu akan berkuat kuasa esok hingga 27 Nov, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya juga tidak dibenarkan.

Lim mempersoalkan mengapa kempen pilihan raya dilarang sedangkan tiada perintah kawalan pergerakan penuh dilaksanakan.

Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan ketakutan menghadapi pengundi sehingga melanggar demokrasi dan mengambil alih peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menjalankan pilihan raya dengan adil, bebas dan saksama.

Beliau berkata, PRN Melaka tidak patut diadakan, jika kerajaan bimbang dengan risiko penularan Covid-19.

“Jelas ini adalah gambaran bercanggah tentang sebuah negara, dua sistem berbeza. Mengapa membenarkan pilihan raya diadakan terlebih dahulu?”




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo