NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Bahagian Parti WARISAN Tawau umum keluar parti



TAWAU: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (WARISAN) Tawau Abdul Salip Ejal bersama sembilan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian mengumumkan keluar parti itu serta merta.

Abdul Salip berkata tindakannya itu sekali gus melepaskan semua tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian Tawau serta tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti WARISAN.

“Saya bersama Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, dan enam AJK bahagian, secara rasmi sepakat untuk berada di blok bebas bersama Datuk Dr Yusof Yacob.

“Keputusan itu dibuat atas kerelaan kami sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini semalam.

Jelasnya, tindakan itu bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk bersama kerajaan membendung COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sementara itu, Abdul Salip menzahirkan terima kasih dan menyanjung tinggi kepercayaan seluruh pimpinan parti WARISAN khususnya Presiden Parti.

“Kami sangat menghargai seluruh pucuk pimpinan diatas kepercayaan yang telah diberikan untuk mengemudi parti WARISAN Bahagian P.190 Tawau sejak dua tahun lalu.

“Kami juga turut memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan semasa menggalas serta tanggungjawab yang diberikan selama ini,” katanya.

https://utusanborneo.com.my/2021/10/08/ketua-bahagian-parti-warisan-tawau-umum-keluar-parti

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo