NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berdamailah, UMNO dan BERSATU saling memerlukan




3 OKT : Tiada keperluan buat UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berlawan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abdul Rani berpandangan, kedua-dua parti itu perlu berlapang dada serta menjauhkan rasa tamak dan ego sesama mereka.

“Belum cukup lagikah pengajaran PRU ke 14 yang lalu memberi pengajaran kepada semua kita ini?

“Belum cukup lagikah 22 bulan yang gelap di bawah PH itu menjadi iktibar yang berguna kepada kita semua umat Islam di bumi Malaysia ini?

“Atau kita perlu ‘tamparan’ dari Allah COVID-19 yang lebih dahsyat dari yang lalu? atau apa sebenarnya yang menjadi ketamakan kepada semua ini?,” katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki memaklumkan , UMNO dan BERSATU jelas memerlukan antara satu sama lain dan jalan terbaik bagi kedua-dua parti itu adalah dengan berdamai.

“Kita saling memerlukan untuk menjadi umat yang kuat, menerima hakikat 3 gabungan untuk satu undi.

“Tiga gabungan untuk membangun kembali negara dan ummah di atas puing puing kehancuran dan kemusnahan yang di lakukan oleh kerajaan PH dahulu., Cukuplah! Cukuplah dan cukuplah!, ” tegas beliau lagi.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu merujuk kepada laporan media mengenai kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu bersedia melawan UMNO dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Kata bekas Perdana Menteri itu, BERSATU perlu menghadapi “realiti politik” ini sekiranya UMNO enggan berganjak dalam pendiriannya.

Ia ekoran kenyataan Prsesiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keputusan enggan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 adalah muktamad.

Kenyataan Zahid itu timbul selepas sehari Perikatan Nasional (PN) berkata, parti berkenaan membincangkan pengagihan kerusi tanpa pembabitan Barisan Nasional (BN).


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo