KUALA LUMPUR, 09 September 2021 – “Kuasa Melayu akan lenyap sepenuhnya tidak lama lagi jika pemimpin Melayu lupa sejarah dan kerajaan UMNO tidak belajar dari apa yang berlaku sebelum ini,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali dalam isu sijil peperiksaan UEC.
Ujarnya, jika kerajaan berfikir dengan waras, kerajaan pasti tidak akan meluluskan Unified Examination Certificate (UEC), walaupun ia antara syarat dari pembangkang untuk menyokong Ismail Sabri.
“Perdana Menteri dan pimpinan partinya sepatutnya berani berdiri tanpa kompromi mempertahankan Perlembagaan Negara dan perjuangan parti walaupun kuasa bakal hilang sekali pun.”
Tambah Syed Hassan, PERKASA tidak hairan dengan tuntutan dari pemimpin bukan Melayu kerana itu perjuangan mereka.
Tetapi beliau kecewa apabila tiada seorang pun pemimpin Melayu menyatakan dengan tegas tidak akan menyokong Ismail Sabri sekiranya UEC diluluskan.
“Nyatakan dengan tegas jika lulus UEC, “tiada undi sokong dari saya” tetapi mana suara-suara itu, kenapa tidak ada? Mana suara MKT UMNO, AMPT Bersatu dan Pejuang serta mana PAS? Apakah tiada masalah pun pada mereka jika UEC diiktiraf sepenuhnya?”
Justeru, Syed Hassan mengajak kaum Melayu menilai semula para pemimpin Melayu yang ada di Parlimen apakah mereka layak memimpin anak bangsa.
“Orang Melayu wajar melihat muka-muka pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam Parlimen sekarang. Apakah perjuangan sebenar mereka? Apakah layak lagi mereka untuk memimpin orang Melayu?”
Dan, “Jika pemimpin UMNO masih ada jiwa pemimpin Parti Keramat Melayu yang asal, mereka tidak sama sekali berjual beli maruah agama, bangsa dan negara demi apa pun alasan.”
https://www.samudera.my/uec-kuasa-melayu-akan-lenyap-syed-hassan/
https://www.samudera.my/uec-kuasa-melayu-akan-lenyap-syed-hassan/
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment