BAITULMAQDIS: Selain bendera dan sepanduk, sudu turut menjadi simbolik demonstrasi perjuangan rakyat Palestin selepas ada tahanan berjaya meloloskan diri daripada penjara Israel dengan perkakas itu.
Ketika enam tahanan Palestin melarikan diri melalui terowong pada 6 September dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi, rangkaian sosial memuat naik gambar terowong di kaki sinki dan lubang yang digali di luar dengan tanda pagar 'sudu ajaib'.
Persoalan sama ada perkakas itu digunakan untuk meloloskan diri atau sebaliknya masih tidak jelas.
Rabu lalu, peguam bela seorang daripada tahanan yang telah ditangkap semula memberitahu AFP, anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah mengakui menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel tahanan.
Mahmud adalah salah seorang daripada empat tahanan Palestin yang ditangkap semula.
Keenam-enam mereka dituduh merancang atau melakukan serangan terhadap warga Israel.
Ketika ini, rejim ziois masih memburu dua lagi tahanan yang masih bebas.
Israel telah memulakan inkuiri bagi menyiasat insiden memalukan itu, yang dilihat oleh rakyat Palestin sebagai 'kemenangan'. - AFP
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment