NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Berkepentingan Islam akan terjejas dengan csa kerajaan-pembangkang? – Datuk Zainul Rijal




KUALA LUMPUR, 11 September 2021 – ”Nampak gayanya jika semua RUU dibuat secara persetujuan bersama semua Ahli Parlimen sebagaimana inisiatif kelima iaitu ‘Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.’ Adakah kesannya nanti banyak perundangan Islam sukar dibentang di Parlimen kerana tidak akan mendapat persetujuan bersama?”

Demikian persoalan yang dilontarkan Datuk Zainul Rijal Bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia dalam akaun Facebook beliau pagi ini.

Ia berikutan laporan dari kenyataan media terkini Pejabat Perdana Menteri yang mendedahkan, pihak kerajaan menawarkan 7 tawaran kerjasama untuk memastikan kerajaan yang baru dibentuk ini stabil dan dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah permainan politik melampau.

Datuk Zainul Rijal membangkitkan persoalan tersebut ketika isu terdapat ura-ura syarat-syarat tambahan yang turut dikenakan oleh pihak pembangkang sebagai tanda persetujuan mereka untuk bersama kerajaan dalam Perjanjian Keyakinan & Perbekalan (CSA) ini.

Timbul baru-baru ini pendedahan yang menyatakan bahawa pihak pembangkang mengenakan beberapa syarat tambahan yang tidak disebut sebelum ini termasuk pengiktiran Unified Certification Examination (UEC) sebagai syarat untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Isu ini menimbulkan keresahan dan kemarahan pelbagai NGO Islam dan tokoh-tokoh Melayu.

Perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Zainul Rijal ini menambahkan lagi keresahan apabila tawaran di dalam inisiatif kelima tersebut, berkemungkinan akan menjejaskan banyak perundangan Islam kerana ia memerlukan kepada persetujuan bersama antara kerajaan dan pembangkang.

Zainul Rijal turut meminta supaya Perdana Menteri memberikan penjelasan penuh mengenai kemungkinan ini.

“Apabila ada persetujuan bersama terhadap sesuatu RUU adakah ia bermakna RUU tersebut tidak akan dibahaskan kelak? PM kena beri penjelasan kerana khuatir akan terhakis elemen semak dan imbang.”

Difahamkan, perkara ini akan dibangkitkan dalam persidangan tergempar NGO Islam seluruh negara yang digerakkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) malam ini.

https://www.samudera.my/ruu-berkepentingan-islam-akan-terjejas-dengan-csa-kerajaan-pembangkang-datuk-zainul-rijal/




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo