NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM bentang RMKe12 di Parlimen Isnin Ini



Beliau berkata, projek baharu seperti pelabuhan dan lapangan terbang yang boleh membantu meningkatkan ekonomi negara sudah pasti akan dirancang kerajaan dalam belanjawan tahunan sebaik ekonomi negara kembali pulih yang dijangka pada 2023.

Selain itu, sepertimana Rancangan Malaysia yang lain sejak mula diperkenal pada 1966, fokus kerajaan dijangka akan turut menjurus ke arah merapatkan jurang pembangunan antara negeri dengan lebih banyak perbelanjaan negara akan diagihkan bagi membangunkan negeri kurang maju.

Sementara itu, menurut portal rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, RMK-12 merupakan bahagian


terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara di bawah pendekatan 6R iaitu ‘reform‘ (resolve, resilient, restart, recovery, revitalise) yang akan membina asas kukuh dalam membentuk sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi dengan pengagihan yang lebih saksama.

Ini sekali gus bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengecapi kehidupan yang lebih bersatu padu, harmoni dan bermaruah dengan mengetepikan segala perbezaan dan meraikan kepelbagaian.

Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, sesi perbahasan RMK-12 akan bermula pada 28 September hingga 4 Oktober, sebelum penggulungan oleh menteri berkaitan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo