AHMAD Amzad Hashim (dua dari kiri) menyampaikan replika cek dalam program misi bantuan air di dataran jambatan angkat (drawbridge) di Kuala Nerus hari |
KUALA NERUS: Terengganu kini di landasan tepat untuk mencapai 80 peratus imuniti berkelompok menjelang awal bulan depan sebagaimana sasaran awal.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ia susulan penghantaran lebih banyak bekalan vaksin Covid-19 di samping inisiatif vaksinasi secara walk-in di kesemua 14 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri.
Katanya, pada bulan lalu sejumlah 590,000 dos vaksin dihantar ke negeri ini manakala 560,000 dos pada bulan ini.
“Walaupun kadar pendaftaran vaksin di Terengganu agak rendah berbanding di pantai barat tetapi kita tidak boleh membuat kesimpulan rakyat negeri ini anti vaksin kerana ada beberapa faktor lain yang mempengaruhinya termasuk penggunaan telefon pintar dan aplikasi MySejahtera.
“Bekalan vaksin Covid-19 yang diterima bulan ini mampu menampung jumlah individu dewasa yang hadir ke PPV secara walk-in sekali gus mencapai sasaran imuniti berkelompok yang disasarkan awal bulan depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program misi bantuan air di dataran jambatan angkat (drawbridge) di sini hari ini.
Setakat 1 September lalu, sebanyak 50.8 peratus penduduk negeri ini sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.
Ahmad Amzad berkata, selain Terengganu, lebih banyak lagi bekalan vaksin Covid-19 akan diagihkan ke negeri-negeri yang sebelum ini dikategorikan sebagai kurang berisiko penularan virus termasuk Kedah, Kelantan dan Johor.
Katanya, pertambahan bekalan itu susulan penutupan banyak PPV di Lembah Klang sekali gus membolehkan sasaran 80 peratus imuniti kelompok diperluaskan ke negeri-negeri.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment