KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai isu pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tampak hanya dapat dimuktamadkan hari ini.
Perkembangan itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi akaun Twitternya, @PejaOfPerak, sebentar tadi.
"Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi.
"Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia," kata Ahmad Faizal.
Ahmad Faizal sebelum itu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga 'merompak' pingat emas Ziyad.
"Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di 'call room' dan luar 'call room. Doakan," katanya.
Berita lepas...
Sumber | Bharian
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment