Oleh Zainal AS Rashid
ALAT penyembur tanpa wayar yang diguna untuk membersihkan permukaan, barang-barang dan kadangkala tubuh manusia semakin popular.
Bagaimana pun, beberapa pihak menyatakan kebimbangan tentang cara alat tersebut digunakan.
Akhbar The Star memetik pakar virologi Universiti Sains Malaysia, Dr Kumitaa Theva Das berkata walaupun semburan halus atau semburan kering yang dikeluarkan baik untuk membersihkan permukaan luas, namun kesannya terhadap tubuh manusia berbeza.
Beliau berkata jika tidak digunakan dengan cara betul, kimia di dalam semburan boleh mendatangkan bahaya. Ini kerana ia merupakan cecair ‘viruscidal’ mengandungi natrium hipoklorit atau cecair mengandungi sekurang-kurangnya 70% etanol.
Dalam pada itu ada juga semburan yang menggunakan klorin dioksida yang biasanya digunakan sebagai bahan peluntur dan tidak sepatutnya diguna ke atas tubuh manusia.
Semburan sebarang kimia boleh menyebabkan radang kulit, mata dan pernafasan, kerana titisan kimia mampu berada di udara agak lama, justeru ia perlu dilakukan dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Dr Kumitaa berkata walaupun alat semburan itu dijual bersama bahan kimia yang disyorkan, tetapi ada pihak yang menggunakan kimia lain bagi menjimatkan belanja.
Beliau menasihatkan supaya alat tersebut tidak digunakan dekat dengan makanan atau orang ramai, sementara tombol pintu, butang lif, permukaan meja dan kerusi pula sepatutnya disapu dengan kain yang dibasahkan dengan cecair pencuci.
-BebasNews
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment