Bicara kes LGE tangguh kerana kontak rapat covid-19 dan terpaksa kuarantin daripada 1hb hingga 10hb. Tetapi beliau masih bergerak bebas sehingga hari ini. |
Hari ini media melaporkan Lim Guan Eng tidak hadir ke Mahkamah kes perbicaraan korupsi terowong. Lim Guan Eng tidak hadir kerana Peguamnya YB Gobind memaklumkan dia tidak boleh berjumpa sesiapa dan tidak boleh keluar rumah kerana menjalani kuarantin kendiri dari 1 hingga 10 Sept.
Jika apa dilaporkan media ini betul maka Guan Eng dan Gobind jelas telah MENIPU mahkamah kerana dalam facebook Lim Guan Eng dia melaporkan pada 2 Sept , 4 Sept dan 8 Sept Lim Guan Eng telah turun ziarah orang ramai. Adakah Lim Guan Eng menipu dia kena perintah kuarantin kendiri atau dia sengaja melanggar perintah kuarantin dengan merisikokan semua orang yang dia ziarah dan temui.
Untuk rekod juga pada 1 & 2 Sept 2021 dia telah hadir ke persidangan DUN Pulau Pinang. Jika dia tidak menipu mahkamah maknanya dia telah lakukan kesalahan secara sedar dan sengaja merisikokan keseluruhan DUN Pulau Pinang. Kehadiran dalam dewan bukan sahaja rekod kehadiran tetapi media turut laporkan kehadiran Guan Eng.
Guan Eng WAJIB didakwa menghina dan menipu mahkamah atau didakwa secara sengaja merisikokan ribuan manusia dengan sengaja ziarah ke puluhan rumah dan hadir sidang dewan. Kesalahan itu TIDAK wajar dikompaun sebaliknya WAJIB didakwa dan dijatuhkan hukuman maksima di mahkamah.
Sumber : FB Chegu Bard
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment