PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul bukti berhubung siasatan yang dikaitkan kes melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan kes itu masih berjalan.
“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Selain itu, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ogos lalu,, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Bertindak atas laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ebit, 37, dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit.
Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik sahaja selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.- UTUSAN ONLINE
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment