Almarhum Datuk Dr Sidek Fadhil telah meninggalkan kita semua setelah terlantar dihospital kerana sakit. Seorang tokoh pemikir, cendiakawan dan aktivis dakwah yang sedia dikenali ramai. Pidatonya cukup memukau, pidato orang berilmu lain dari pidato orang yang tiada berilmu, gaya bahasanya slank Indonesia diselang seli lelucon (komedi) yang bersahaja dan berbau sindiran yang cukup menusuk.
Almarhum berasal dari Bg Datuk, sekampung dengan saya di Sg Tiang Darat, zaman mudanya dulu, setiap kali balik kampung, anak-anak muda akan berkumpul di rumah abang saya Pak Mahuk untuk mendengar ceramahnya, selain ceramah di masjid. Ceramah di rumah Pak Mahuk, lain tajuknya, bukan cerita maulid nabi @ Israk mikraj, tetapi lebih kepada Tarbiyah dan isu semasa.
Waktu itu, Almarhum AJK ABIM Pusat. Anak-anak muda kampung waktu itu minat dengan ABIM. Dari situ lahirlah Usrah setiap malam Khamis dari rumah ke rumah bergilir-gilir. Naqibnya Pak Mahuk ( Ust Mashud), Ust Rahmat (Abang Dr Sidek), Ust Suhot, Ust Sulaiman. Cuma usrah di kampung tak baca buku Fathy Yakan, Sayid Qutb, Hasan Al Bana, Said Hawa, Maududi @ Pak Natsir, tapi baca Kitab Kuning (Feqah), Tafsir @ Hadis. Pengerusi Usrah Ust Rosdii, bila Ust Rosdi berkhidmat di Berunai, Arwah Bor pula ambil alih. Semua nama2 tersebut hanya Ust Rahmat yang masih ada dan sihat lagi. Ust Rosdi pula uzur sekarang di kampung. Yang lain semua sudah arwah.
Saya masih bersekolah menengah waktu itu, dan sering ikuti usrah kampung. Usrah tersebut berjalan sekian lama, tetapi setelah Anwar masuk UMNO, agak kurang dapat sambutan, lagi pun orang yang jadi tuan rumah sering ambil kesempatan buat khenduri tahlil, siap pesan pada naqib, “ojo suwe2 yo, bar usrah tahlilan”. Akhirnya usrah kampung jadi mati.
Sekarang masih lagi berjalan usrah tapi bawah PAS cawangan, buat di markaz PAS.
Saya masuk UM tahun 1983-1987, aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM), menjadi Presiden PMIUM tahun 1986-1987. Waktu menilik majalah2 lama terbitan PMIUM Rupa2nya Pak Sidek pernah jadi Presiden PMIUM, tahun 1972. Dalam satu forum di UM, Pak Sidek salah seorang panelis, Waktu itu Almarhum Pensyarah di UKM, belum ada Dr lagi. Habis forum, saya perkenalkan diri. “Kabare Pak Sidek”, saya menyapanya, dia menoleh dan agak terkejut, selama ini boleh jadi tak ada yang panggil Pak Sidek, biasa orang panggil Ust Sidek Fadhil.
Saya terus perkenalkan diri, saya orang Sg Tiang, anake arwah Pak Kiyai Masduki, terus dia kata, “tadi waktu panggil saya Pak Sidek, saya sudah jangka, ini orang kampung ini, tidak ada yang panggil Pak Sidek di UM @ UKM, kalau ada pun orang Indon, itu pun di panggil Bapak Sidek.
Begitulah secara ringkas, dia amat pengingat orangnya, saya pernah berceramah di Surau di Taman Perumahannya di Sg Ramal Bangi, tak silap saya. Selepas ceramah, ada sahabat dekati saya dan sampaikan salamnya, “Pak Sidek Fadhil kirim salam”. Saya jadi terkejut, dia terus kata, Ust sekampung dengan Dr Sidek Fadhil ke, baru saya perasan siapa Pak Sidek tadi. Sahabat tu kata, Dr Sidek teringin nak dengar ceramah, tapi dia ada program lain, cuma dia pesan sampaikan salam dari Pak Sidek, orang kampung. Katanya dari poster iklan tu, tengok nama dan bin, dia agak je tadi, ini penceramah orang Bagan Datuk ke, sahabat tadi mengesahkannya.
Banyak kali juga jumpa Pak Sidek ni, walaupun kekerapannya setahun dua tahun jumpa sekali dalam seminar @ forum. Dan Almarhum sentiasa ingat, sebab di kampung dulu, dia rapat dengan abang2 saya, dia selalu sebut, Mashud (Mahuk), Maskhor dan Mahmud.
Salam takziah pada seluruh ahli keluarga dan kaum kerabatnya.
Semuga mendapat Rahmat dan Maghfirah Allah, dan rohnya ditempatkan bersama auliya’ dan solehin.
https://www.facebook.com/ustmisbahulmunir/posts/4261709887282124
https://www.facebook.com/ustmisbahulmunir/posts/4261709887282124
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment