Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Jangan tunduk desakan pertubuhan rasis yang sudah tolak tawaran kerajaan
BANGI – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bukan sahaja tidak berlaku adil kepada sistem pendidikan negara, tetapi juga kepada bangsa mereka sendiri.
Ini susulan ‘kedegilan’ pertubuhan itu yang pernah menolak tawaran kerajaan untuk bersama dalam sistem pendidikan kebangsaan bagi menukar Sekolah Persendirian Cina kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pertubuhan ini memilih untuk bersendirian, mahu mewujudkan kurikulum sendiri serta menentukan operasi sekolahnya sendiri selain menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya.
Ini bermakna dari awal lagi, Sekolah Persendirian Cina ini memilih untuk berpisah daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka inilah akibatnya, kata penganalisis politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Tetapi kita cukup hairan kenapa dan mengapa setelah sekian lama, selepas 64 tahun merdeka, sepatutnya tak perlu lah nak ‘demand’, tuntut macam-macam.
“Saban tahun, mereka desak, ugut kerajaan, bukan sahaja tuntut iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tetapi juga minta beri ruang sama seperti sijil lain dalam aliran kebangsaan.
“Pertubuhan ini bukan sahaja tidak berlaku adil, tetapi juga tidak berlaku adil kepada pelajar mereka sendiri. Sudah lah mereka terpisah daripada sistem pendidikan negara, mereka menuntut masuk universiti awam, pentadbiran awam sama seperti yang lain. Ini masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Pidato Pertiwi bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ yang disiarkan TV Pertiwi, malam tadi.
Mengulas lanjut, Prof Ridhuan Tee berkata, lebih menghairankan adalah sikap kerajaan yang masih mahu melayani tuntutan pertubuhan rasis ini.
“Abang kepada sekolah persendirian Cina, contohnya Kolej Universiti Han Chiang, Kolej Universiti New Era yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, hari ini turut diiktiraf sebagai kolej universiti.
“Kita tak faham kenapa dan mengapa pihak kerajaan, terus benarkan sekolah ini beroperasi mengikut acuan dia sendiri.
“Tidak ada dalam sejarah dunia, NGO yang mendirikan sekolah, mereka yang mengelola sistem pendidikan, mereka yang merangka kurikulum dan syarat-syarat kerajaan pun mereka tak patuhi. Terutama berkaitan silibus bahasa Melayu dan Sejarah. Sudahlah tidak mahu serta, malah hari ni tahu demand pula,” katanya.
Bahkan, Prof Ridhuan Tee berkata, jika tidak dipenuhi segala tuntutan pertubuhan itu, mereka akan mula mengugut dan mendesak pelbagai perkara pada kerajaan.
Desakan ini juga membuatkan pemimpin kerajaan mudah ‘lemah’ kerana bimbang akan kehilangan sokongan kaum Cina.
“Nampak tak betapa licik mereka ini. Mereka akan menarik sokongan. Ugutan begini selalu dikemukakan sehingga kita menjadi lemah mengikut kehendak mereka.
“Walhal dulu Akta Pendidikan memberi kuasa besar kepada menteri untuk hapuskan sekolah vernakular, akta ini daripada dulu ditentang oleh pertubuhan rasis ini.
“Pada 1996, akta ini diubah, menteri pendidikan dah tiada kuasa untuk hapuskan sekolah vernakular ini. Hanya menegaskan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, itu pun ditolak pertubuhan rasis ini. Sehingga hari ini kita terus bermain tarik tali,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan tunduk kepada tuntutan pertubuhan rasis tersebut, maka ia merupakan salah satu malapetaka besar dalam hidup bernegara.
“Saya menyeru kerajaan jika kita berpegang pada semangat Keluarga Malaysia ia bukan membawa makna hak sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya dengan berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.
(*) Pautan Pidato Pertiwi;https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/546611563261216/
Sumber: https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/dong-zong-bukan-saja-tak-adil-pada.html
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment