1 SEPT : Varian baharu Coronavirus yang dikenali sebagai ‘Mu’ kini sedang dipantau rapat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Varian yang pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari itu secara saintifik dinamakan sebagai B.1.621, diklasifikasikan sebagai varian menarik minat menurut WHO.
Selepas dikesan di Colombia, Mu sejak itu dilaporkan di negara Amerika Selatan dan Eropah yang lain.
Varian terbabit juga menurut WHO mempunyai mutasi yang mempunyai risiko ketahanan terhadap vaksin di mana satu kajian lanjut diperlukan untuk memahaminya dengan lebih baik.
Terdapat kebimbangan meluas mengenai munculnya mutasi virus baharu ketika kadar jangkitan meningkat lagi secara global, dengan varian Delta yang sangat mudah disebar – terutama dalam kalangan yang tidak divaksinasi – dan di wilayah di mana langkah-langkah antivirus telah dilonggarkan.
Semua virus, termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, bermutasi dari semasa ke semasa dan kebanyakan mutasi mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap sifat virus.
WHO ketika ini mengenal pasti lima varian, termasuk Mu, termasuk varian Alpha yang terdapat di 193 negara dan Delta, yang terdapat di 170 negara.
http://www.pnbbcportal.com/2021/09/01/who-pantau-varian-baharu-covid-19-dikenali-sebagai-mu/
http://www.pnbbcportal.com/2021/09/01/who-pantau-varian-baharu-covid-19-dikenali-sebagai-mu/
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment