NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan kini penasihat khas KJ



Bekas timbalan menteri kesihatan Rosnah Abdul Rashid Shirlin kini menjadi penasihat khas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Nama Rosnah disenaraikan bagi jawatan itu di direktori Kementerian Kesihatan untuk pejabat menteri.

Merupakan seorang peguam, dia pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri kesihatan dari tahun 2009 hingga 2013 di bawah pemerintahan Najib Abdul Razak.

Dia kemudian berkhidmat sebagai timbalan menteri kerja raya dari 2013 hingga 2018.

Ahli Parlimen Papar selama tiga penggal itu kehilangan kerusi pada pilihan raya 2018 kepada Warisan.

Khairy dilantik sebagai menteri kesihatan dalam pertukaran portfolio dengan Dr Adham Baba di bawah kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dia mempunyai dua timbalan, Dr Noor Azmi Ghazali dari Bersatu, dan Aaron Ago Dagang dari GPS – kedua-duanya dikekalkan dalam jawatan mereka sekarang dari pemerintahan Muhyiddin Yassin sebelumnya.

Di bawah teraju Khairy, Kementerian Kesihatan telah mengambil alih kawalan penuh terhadap program vaksinasi negara ini.

Dia juga telah mengumumkan bahawa Covid-19 sekarang akan dianggap sebagai endemik, dan bahawa SOP sedia ada akan dipermudah agar lebih jelas dan mudah diikuti. Mk


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo