Firma penganalisa Counterpoint Research kini mengatakan data yang dihimpunkan mereka memperlihatkan Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia pada Jun 2021 lepas – sekaligus mengatasi pihak Samsung dan juga Apple.
Untuk makluman, sebelum ini Xiaomi sedia menduduki tangga kedua pengeluar peranti dunia pada suku kedua 2021 yang lepas, dan angka Jun 2021 ini memperlihatkan Xiaomi telah mencapai tangga pertama dunia. Walaupun angka ini mungkin berbentuk sementara, ia boleh dikatakan suatu pencapaian yang membanggakan untuk pihak Xiaomi.
Melalui pemantauan data bulanan, ia dilihat Xiaomi mempunyai pegangan sekitar 17.1%, berbanding Samsung sebanyak 15.7% dan Apple sebanyak 14.3%.
Ia dilihat Xiaomi agak konsisten dan cuba memenuhi permintaan pasaran yang menjadi kosong disebabkan oleh kehilangan pihak Huawei dan Honor. Xiaomi sendiri telah aktif memasarkan peranti mereka di pasaran seperti Eropah, Timur Tengah, Afrika dan India.
Dengan perkembangan, ia akan agak menarik untuk melihat data untuk suku ketiga 2021 ini kelak tidak lama lagi dan melihat bagaimanakah perkembangan pelbagai jenama dalam arena telefon pintar ini.
No comments
Post a Comment