NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WHO gesa moratorium berhubung vaksin penggalak COVID-19

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta pelaksanaan moratorium berhubung suntikan vaksin 'booster' atau penggalak bagi inokulasi COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menggesa langkah itu dilaksanakan sekurang-kurangnya sehingga akhir September ini.

"Pendekatan ini dapat menangani ketidaksamaan bekalan vaksin antara negara miskin dan maju, sekali gus membolehkan lebih ramai menerima suntikan lengkap dua dos.

"Tindakan ini dapat membantu usaha kita memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk dunia melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

"Saya faham kerisauan semua kerajaan untuk melindungi penduduk daripada varian Delta tetapi janganlah sampai membolot semua bekalan vaksin sehingga penduduk negara miskin tidak dapat dilindungi," katanya.

Beliau turut menggesa semua negara mengubah dasar supaya majoriti vaksin dapat disalurkan kepada negara miskin berbanding amalan sebelum ini di mana sebahagian besar vaksin dibekalkan kepada negara kaya.

Lebih 4.25 bilion dos vaksin COVID-19 kini sudah disuntik di seluruh dunia dengan 101 dos bagi setiap 100 penduduk di negara berpendapatan tinggi, menurut Bank Dunia.

Namun, kata Tedros, nisbah itu berkurangan kepada 1.7 dos bagi setiap 100 penduduk di 29 negara berpendapatan terendah di dunia.

"Bagi mengatasi ketidakseimbangan ini kita perlukan kerjasama semua pihak terutama segelintir negara dan syarikat yang mengawal bekalan vaksin global.

"Negara G20 khususnya perlu memainkan peranan penting kerana ia adalah antara pengeluar, pengguna dan penderma terbesar vaksin COVID-19.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan hala tuju pandemik COVID-19 ini bergantung kepada kepemimpinan G20," katanya. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo