NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga emas Lembah Klang boleh walk-in mulai hari ini, hanya 3% belum vaksin

Pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kepada warga emas di Lembah Klang yang belum menerima temu janji akan bermula hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, dalam pada itu, pemberian vaksin kepada warga emas secara ‘walk-in’ ini akan diperluas ke seluruh negara mulai minggu hadapan.

Katanya, kerajaan negeri akan diberi kuasa untuk memutuskan pusat pemberian vaksin (PPV) mana yang akan membuat pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kepada warga emas.

“Negeri akan menentukan PPV mana akan menyediakan ‘walk-in’ kepada warga emas yang belum divaksin,” katanya dalam sidang media mingguan.

Dalam pada masa yang sama, sebanyak 96.7% golongan dewasa di Lembah Klang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat 1 Ogos.

Beliau berkata menerusi operasi lonjakan kapasiti bermula 16 Julai hingga 1 Ogos lalu sebanyak 37.5% golongan dewasa pula lengkap dua dos.

“Kita melihat operasi lonjakan berjaya walaupun tidak pada paras 100%, tapi kita akan usaha selesaikan minggu pertama Ogos,” katanya yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam sidang media.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo