NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Amanah jadi batu api tunjuk kekecewaan bila Azalina tidak tersenarai

Aiman Athirah Al Jundi

SHAH ALAM – Angkatan Wanita Amanah Nasional menjadi batu api apabila menunjukkan rasa kecewa apabila Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak tersenarai sebagai salah seorang menteri dalam barisan kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, Azalina sewajarnya diberi posisi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang) kerana sikapnya yang lebih progresif dan wajar mengisi jawatan itu.

“Terdapat banyak RUU (Rang Undang-Undang) yang berkepentingan awam yang perlu diperkenalkan dan dipinda, dan beliau adalah salah seorang yang berfikiran segar, matang dan objektif," katanya dalam kenyataan lagi

Beliau juga menyifatkan pelantikan barisan kabinet baharu tanpa Ahli Parlimen Pengerang itu adalah satu kerugian.

Sehubungan itu, beliau meletakkan harapan agar Azalina diberi peluang bagi mengisi jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk menggantikan speaker sedia ada yang dilihat beliua sangat-sangat mengecewakan.

Pada Khamis, Azalina juga turut mencadangkan agar kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikosongkan beliau Isnin lalu, diisi oleh ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, ia adalah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Dewan Rakyat benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti, mengenai dasar dan tadbir urus negara.

Ujurnya lagi, tindakan ini benar-benar menepati kehendak kerjasama pelbagai parti, selain menjadi peluang terbaik kepada Perdana Menteri untuk memberi isyarat kepada perubahan Yang ingin dilakukan.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo