NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi: Misi Mengejar Imuniti Kelompok



Satu pencapaian kepada Wilayah Persekutuan Labuan kerana memegang rekod Wilayah Persekutuan dan negeri pertama di Malaysia yang berjaya mendapatkan sasaran imuniti kelompok apabila 80 peratus populasi sudah mendapat vaksinasi penuh.

Apabila berlaku sebarang penularan penyakit berjangkit, antara perkara yang penting untuk mengelakkan penyebaran adalah dengan mencapai imuniti kelompok. Imuniti kelompok dapat diperoleh bilamana majoriti populasi menjadi imun kepada penyakit berjangkit. Dengan ini kadar jangkitan akan menurun.

Terdapat dua cara untuk mencapai imuniti kelompok:
1. Jangkitan secara semula jadi
2. Vaksinasi

Namun, bagi kaedah jangkitan secara semula jadi terdapat banyak kelemahan dan bahaya kerana proses untuk mencapai populasi yang imun dengan jangkitan semasa terlalu panjang. Kedua, jangkitan kepada golongan yang berisiko tinggi yang banyak akan melumpuhkan sistem kesihatan negara. Proses jangkitan yang berlaku juga akan menyebabkan berlakunya mutasi virus kepada yang lebih berbahaya.

Penyakit berjangkit meragut nyawa yang tular sebelum ini seperti polio, tetanus, beguk, campak dan rubella juga dapat dibendung di Malaysia dengan pemberian vaksin kepada bayi di awal tahun kelahiran. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menambah baik Jadual Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak dengan memperkenalkan vaksin enam serangkai.

Sehingga 27 Julai, sebanyak 25% populasi Malaysia telah mendapat vaksinasi penuh. Jika dilihat pada kadar purata 400,000 lebih dos vaksin diberikan secara harian, kerajaan menyasarkan Malaysia mampu untuk mencapai imuniti kelompok pada 10 September 2021.

Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama daripada kesemua rakyat Malaysia. Bagi yang sudah mendaftar untuk divaksin dan mendapat tarikh vaksinasi datanglah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada temujanji yang sudah ditetapkan. Bagi baki 18.84% yang belum mendaftar, menjadi tanggungjawab kerajaan, pimpinan politik, NGO, masyarakat dan keluarga sekeliling untuk meyakinkan mereka untuk mengambil vaksin dan membantu memudahkan proses pendaftaran sehingga ke PPV.

Semoga Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.

#QGenAnalysts
#GeneratingImpactfulResearch


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo