NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi lengkap: suami isteri jarak jauh boleh rentas daerah dan negeri

Kuala Lumpur Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan ia terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi kemudahan itu, suami isteri jarak jauh yang melengkapkan vaksinasi mereka dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Selain itu, katanya ibu bapa yang melengkapkan vaksinasi mereka juga dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

"Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam pengumuman khas kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Sumber : HMetro



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo