NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi lengkap : Pengembara dibenarkan kurantin wajib di rumah bermula Selasa


KUALA LUMPUR: Individu yang sudah mendapat suntikan vaksin lengkap di seluruh negara, bakal menikmati beberapa kelonggaran, berkuat kuasa Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan perkara itu, berkata pengembara warga negara dan rakyat asing yang pulang atau tiba dari luar negara serta sudah mendapat vaksin lengkap dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Katanya, mereka kemudian akan diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, antara kelonggaran lain yang diberi kepada individu yang lengkap vaksinasi ialah dibenarkan merentas daerah dibenarkan di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya, dibenarkan solat di masjid dan surau bagi umat Islam manakala penganut bukan Islam pula boleh menghadiri rumah ibadat.

Sumber : BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo